
SHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting Lau Weng San dilantik sebagai Speaker DUN Selangor hari ini.
Lau dipilih selepas mendapat 34 undi mengalahkan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor Dr Mohd Fuad Mohd Salleh yang menerima 22 undi.
Setiausaha DUN Selangor J Gayathri Prasena memaklumkan undi sulit pada mesyuarat pertama penggal pertama DUN ke-15 di Dewan Negeri Selangor dijalankan, berikutan terdapat dua nama calon Speaker yang dikemukakan.
Sementara itu, Adun Bukit Antarabangsa Mohd Kamri Kamaruddin dipilih sebagai Timbalan Speaker DUN selepas mendapat 34 undi, mengalahkan Adun Sungai Ramal Mohd Shafie Ngah menerima 22 undi.
Pada persidangan itu juga, 56 ADUN mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah, didahului Menteri Besar Amirudin Shari dan diikuti 10 exco serta Adun lain.